Pages

FOLLOWERS

Thursday, June 30, 2011

BINGKISAN POTRET KEHIDUPAN: PENCARIAN MEGA BLOGLIST

BINGKISAN POTRET KEHIDUPAN: PENCARIAN MEGA BLOGLIST: "Dah lama tak uPdate blog. Tetiba ada Kawan saya nie Fiena Shahairi ada Bagi tau paSal “PENCARIAN MEGA ..."

MAKAN FREE???

Wah Suka sanGat biLa hari ni aDa orang BeLanja makan hehehehe… Mentang – mentang La haRi ni last keJa, ada juGak orAng belanja makan.. meSti nak tau kan orang tue belanja ape kan3x hehehe,.. pizza je taPi memang Puas la. Hari nie Dapat maKan free. Ma’ She kat Mr. Ang Sebab suDi beLanja saya gan Budak ofis…  



Nie salah satu makanan yang paling saya suka. 
Puas dapat makan yang nie J

Tadi kena yang nie saTu ketul, pas tue 2 keping pizza,
memang btol – btol kenyang la hehehe ditambah satu mangkuk
sup ayam :)... nyummmyyy2x

PENCARIAN MEGA BLOGLIST

Dah lama tak uPdate blog. Tetiba ada Kawan saya nie Fiena Shahairi ada Bagi tau paSal “PENCARIAN MEGA BLOGLIST”, so sekarang ni nak join gak la. Nak tamBahkan kawan-kawan. Maseh kat Fiena Shahairi sebab bagi tau saya hehehehe :)


Tuesday, June 7, 2011

~ KESEORANGAN DI OFIS ~

Sedihnya hari ni kena tinggal sorang2 kat ofis. Ada sapa nak teman tak??? Tengok kat luar macam nak hujan je. Tengok gayanya macam semua orang yang keluar nak balik lambat. Rasa seram la pulak bila dok sorang2 ni. Teringat la pulak satu kisah…heeee takut la plak… tapi tiba-tiba je

 
Dalam kesunyian, jadi terkejut juga la bila telephone ni berbunyi…
Nasib baik tak de sakit jantung… sabar je la

Tapi tadi waktu sambil2 buat keja, terbaca la satu entry ni, best jugak. Cuba baca, sekurang2nya kita perlu sedar bila keseorang Tuhan sentiasa ada dengan kita...

 BILA RASA KESEORANGAN

Bila rasa keseorangan, ingatlah Allah sentiasa ada. Dalam mencapai kejayaan ke hadapan, isilah keseorangan itu dengan pelbagai amalan spiritual dan menguatkan diri.

Tidak ada nilai keseorangan apabila kita sentiasa berkomunikasi dengan Allah. Itu sebabnya Nabi Ibrahim itu sentiasa berfikir dan berdoa kepada Allah. Fikir bagaimana Engkau menghidupkan, maka Allah menyuruh beliau memotong kepada empat bahagian burung yang ada. Selepas diasingkan, Allah menunjukkan bagaimana empat bahagian itu tercantum dan kembali hidup seperti sedia kala. Nabi Ibrahim bertemu dengan Eureka dalam kehidupannya, bagi menenangkan jiwanya.

Elakkan daripada mengisi kekosongan dengan maksiat dan dosa. Kekosongan dan keseorangan yang diisikan dengan maksiat dan dosa akan menyebabkan kita hanya bergantung kepada manusia lain untuk berbuat amal. Salah satu cabaran kehidupan ialah berbuat amal kerana Allah semata-mata.

Moga Allah memberi kekuatan kepada kita untuk beramal ketika ramai dan keseorangan.
 

Thursday, June 2, 2011

BERAKHIRNYA SEBUAH PERKENALAN

Sakitnya hati ini, ya allah kenapa engkau pilih aku untuk hadapi dugaan ini??? Ringankan beban ku ini, aku hanyalah insan biasa, yang tak terdaya untuk menanggung semua beban ini. Adakah disebabkan dosa yang telah aku lakukan selama ini. Ampunilah dosa ku ini, jika aku telah gagal untuk melaksanakan tugas yang telah Engkau amanahkan kepada setiap insan yang telah Engkau ciptakan di dunia ini. Selama 21 tahun 5 bulan 5 hari aku dilahirkan, aku tidak pernah merasa sesakit ini. Tapi hari ini, aku kalah aku sudah tidak terdaya jika kehidupan ku begini. Tetapi aku tekad untuk jadi seorang insan yang berguna, demi masa depan aku dan keluarga suatu hari nanti. Aku bersyukur kerana Engkau telah sedarkan aku dari kemewahan, keseronokan di dunia.

Bertemu dengan seseorang lelaki yang menyayangi diri sendiri, itulah harapan setiap wanita. Tapi malang dengan nasibku ini, bertemu dengan seorang lelaki yang suka mainkan perasaan orang lain. Adilkah begini??? Kerana dia, hati terlalu sakit, kerana dia, pintu hatiku telah tertutup rapi. Tapi hari ini, aku sudah tidak memerlukan belas ihsan dari hati seorang yang bergelar lelaki. Walaupun dalam akal fikiran ku ini, banyak perkara jahat untuk qku lakukan padanya. Aku tidak sekejam yang disangka, walaupun satu amaran telah aku beri padanya. Adakah satu ugutan dia takut??? Tidak sama sekali dia takut, tidak mungkin. Bila difikirkan balik biarlah apa yang terjadi ini, akan dijadikan pengajaran buat diriku. Biarlah tuhan yang Maha Esa tentukan.

Akhir sekali, aku berserah pada yang Maha Esa untuk tentukan jalan ku ini. Aku hanyalah seorang insan yang kerdil di dunia ciptaan Mu. Inilah perkara yang akan aku berjaga-jaga semasa berkenalan dengan insan bergelar “LELAKI”.
. . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . 
Walaupun hati sudah terlalu sakit, tapi aku boleh 
melakarkan senyuman pada semua orang. Walau apapun yang terjadi,
 hidup perlu di teruskan juga J





Tuesday, May 31, 2011

keNapa PerLu saKit haTi???

Tiba – tiba tadi terbuka facebook si dia, dah lama si dia tak online, tapi bila pandang muka si dia, terasa sakit sangat hati ni. Tak tau nak cerita mcm mana dah, hanya tuhan je yang tau perasaan ni. Mungkin ni satu dugaan yang tuhan baru nak uji???? Entah la.

PERLUKAH HATI INI DISAKITI???

“Hal paling utama adalah belajar memaafkan kesalahan orang lain. kerana memaafkan adalah hal paling baik dalam sebuah hubungan.”

Ø    Jangan bertanya bagaimana rasanya sakit hati. Jangan pula bertanya siapa yang membuat hati terasa pedih dan perit.

Ø  Sakit hati adalah sakit dari segala sakit. Mungkin anda pernah mengalaminya. Sakit hati tidak selalu disebabkan oleh putus cinta, tetapi bisa juga disebabkan oleh perbezaan pendapat atau pertentangan dengan teman atau anggota keluarga. Namun, sakit hati hampir sama rasanya dengan putus cinta.


Ø  Siapa pun kita, pasti ingin dicintai, mencintai, dipercayai dan mempercayai orang lain. Tetapi, ketika sakit hati tiba, susah bagi anda untuk kembali memaafkan dan mempercayai orang yang melakukannya. Bahkan anda mungkin merasa susah untuk membuka hati dan perasaan kepada orang lain yang tidak tahu apa-apa.

Ø     Ini adalah dilema yang harus dihadapi. Terserah kepada kita, sama ada memilih untuk berjalan sendiri atau melanjutkan hubungan setelah apa yang terjadi. Satu hal yang pasti, hidup perlu diteruskan tanpa ada rasa sakit hati di dada.

Ø   Oleh sebab itu, lebih baik apabila kita menyedari bahawa tidak ada seorang pun di dunia ini yang luput dari sakit hati, termasuk kita. Bukan bermaksud untuk mengurangi rasa percaya kepada orang-orang yang kita cintai, ada baiknya anda menyedari bahawa siapa pun dia, teman biasa, sahabat, kekasih atau keluarga dan sebaik apa pun dia, suatu saat nanti pasti dia akan menyakiti kita walaupun dalam keadaan yang tidak disengajakan.

Ø   Oleh sebab itu, ada baiknya apabila kita menganggap bahawa mereka tidak serius dengan kata-kata yang diucapkan. Kita akan menganggapnya angin lalu atau bisa mengatakan kepada diri bahwa perbuatan mereka sebenarnya tidak ditujukan kepada kita.

Ø   Hal paling utama yang harus kita lakukan adalah belajar memaafkan kesalahan orang lain kerana memaafkan adalah hal paling baik dalam sebuah hubungan. Dan teruslah selalu berfikiran positif terhadap suatu perkara yang akan kemungkinan orang lain yang mungkin akan  menyebabkan diri kita sakit hati, kerana  berfikiran positif akan membuat sakit hati menjadi normal kembali.

PaBiLa inSan berGeLar "Bos" tiada di peJabat

Hahahahha dah lama aku tak update blog ni…hehehehe rasa rindu plak. So kebetulan ada masa terLuang, masa ni la nak kongsi cite gan korg semua… kebetulan plak bos aku xde arini, keja memang tak jalan terus la,…. Tp kadang2 bila datang keja, kebetulan pula keja xdak memang bosan kan.. So sekarang ni, aku nak kongsi cikit tips untuk isi masa yang terluang kita ni… RENUNG-RENUNGKAN ..

JANGAN PERSIAKAN MASA TERLUANG
“DEMI masa, sesungguhnya manusia itu dalam kerugian, kecuali orang-orang yang beriman dan melakukan amal salih dan mereka pula dalam saling memberikan pengajaran tentang kebenaran dan kesabaran serta ketekunan.” 

Firman Allah SWT jelas memberi amaran, sia-sia hidup sesiapa yang tidak pernah memanfaatkan masa yang terluang tanpa mengerjakan sesuatu perkara yang berfaedah.

Kita sebagai manusia perlu sentiasa beringat, hidup ini adalah satu perjalanan dengan setiap yang ada tidak pernah kekal dan apa yang mendatang akan pergi juga akhirnya. Itulah yang dinamakan kehidupan.

Semakin hari, usia kita semakin meningkat dan daripada sebesar tapak tangan, kini mampu mengenal dunia.Daripada membisu daripada berkata-kata, kini petah seribu bahasa, tetapi persoalannya, adakah itu mencukupi?

Sebenarnya, banyak lagi perkara harus kita lakukan. Masih banyak kekosongan di dada yang harus kita isi, justeru sentiasalah mencari peluang dalam memantapkan lagi perjalanan hidup yang masih jauh dan tak pasti bilakah penamatnya.

Memang telah dijanjikan oleh Allah s.w.t, setiap usaha pasti mendapat ganjaran.Lebih gigih kita berusaha, lagi besarlah ganjaran yang bakal kita terima.Yang penting ialah tidak mudah berputus asa. Gunakan kesempatan pada usia muda untuk mengejar kejayaan yang diimpikan. Jadikanlah setiap kegagalan sebagai pengajaran.

Perlu diingatkan, jangan dipersiakan peluang yang ada.Jadilah manusia yang bijak dalam menguruskan masa dan sentiasa mencari peluang menambah ilmu kerana dengan ilmu, seseorang akan dapat menemui kejayaan.

Pandanglah untuk jangka masa panjang. Fikirkan ke mana tujuan kita selepas ini.
Seperti serangkap kata-kata yang berbunyi: “Kejayaan itu bukan destinasi, ia adalah satu perjalanan. Anda perlu gambarkan arah ke mana tujuan perjalanan itu.”

Dalam bunyinya tu. Sama-samalah kita memahami maksud kata-kata itu.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...